MALAYSIA AKAN KETINGGALAN 30 TAHUN KE BELAKANG??

2–3 minutes

Sebelum saya menulis artikel ini, saya tertanya-tanya apakah isu yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini. Rasanya kita semua maklum bahawa isu-isu di Malaysia sangat cepat berubah. Dari isu filem Dracula kemudian isu pegang anjing kemudian ke isu perbicaraan kes Anwar Ibrahim dan isu apa pula lepas ini.

Kemudian saya tertarik dengan status Facebook seorang kakak di bawah ini:

IMG_0213

(Oleh kerana saya ingin menghormati ‘privacy’ beliau, saya sengaja kaburkan nama beliau)

Tapi jangan risau, dia seorang yang saya sangat hormati.

Apabila beliau mengatakan orang sekarang ini (pengguna laman sosial) LEBIH SUKA BACA TAJUK/HEADLINE SAHAJA, saya pun terasa kerana saya pun adalah salah seorang dari orang itu! 

Kemudian saya tertanya-tanya,  kenapa kita LEBIH SUKA baca headline sahaja?

1) Sebab kita MALAS! Kadang-kala kita tak baca habis pun sesuatu artikel itu tapi kita terus sahaja membuat penilaian dan komen sendiri tanpa membaca sampai habis pun artikel itu. Dan kadang-kala juga kita berasa malas berfikir apakah mesej di sebalik artikel itu.

2) Sebab kita tak cukup masa. Akuilah, kita semua suka cakap kita tak cukup masa. Kita tak cukup masa nak kemas rumah. Kita tak cukup masa nak masak sendiri. Kita tak cukup masa nak siapkan kerja sebelum ‘dateline’ dan macam-macam lagi.

3) Sebab kita suka buat ‘assumption’ sendiri! Sebelum baca apa-apa lagi, kita dah andaikan artikel itu teruk hanya berdasarkan dari tajuknya sahaja.

1003710_10201480339552504_250289562_n

Kita sangat cepat membuat kesimpulan sama seperti kita cepat menghakimi seseorang. Kita sangat yakin andaian kita adalah betul tapi kita selalu lupa bahawa kita hanyalah manusia. People tend to make mistake.

8c45a29745a051873843bd5fae5795e1

Jadi bagaimana dengan lebih suka baca tajuk/headline sahaja boleh menyebabkan kita akan ketinggalan 30 tahun ke belakang?

Apa yang membuatkan kita 30 tahun ke belakang bukanlah berdasarkan berapa banyak lagi sumber semula jadi (read: natural resources) yang kita ada berbanding dengan negara – negara Asia yang lain. Bukan juga dari segi ekonomi kerana GDP Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.5% berbanding tahun lepas.

Sedihnya apa yang membuatkan kita 30 ke belakang adalah sikap kita (read: our attitude).

Dengan sikap suka memberi komen yang merapu ini menunjukkan kita sebenarnya tak cukup matang lagi. Dan kita tiada integritas (read: integrity) & kehormatan (read: respect) terhadap orang lain.

d522c2fe1f8e5fdc1828531fd205923f

Jadi marilah kita bersama-sama improve ourselves  supaya JANGAN jadi MALAS & ELAKKAN daripada memberi komen yang merapu-rapu 🙂Â