Minggu ini kita semua dikejutkan dengan peristiwa banjir yang dahsyat di Pantai Timur, Malaysia terutama di negeri Kelantan, Terengganu, dan juga negeri-negeri lain seperti Perak & Pahang. Berita banjir di Pantai Timur selalunya tidak mengejutkan kita kerana ia berlaku hampir setiap akhir tahun.
Walaubagaimanapun, tahun ini peristiwa banjir di Pantai Timur amat menyedihkan dengan sebanyak hampir 120,000 mangsa banjir telah dipindahkan. ‘Countless’ rumah dan harta benda yang musnah dan rosak. Saudara-mara terputus hubungan, terputus bekalan makanan, tidak mendapat perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.
Tidak kira bangsa, agama atau latar belakang, peristiwa banjir ini telah mempengaruhi kita semua. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga seorang hambaNya yang kerdil, saya ingin kongsikan 3 perkara yang kita semua boleh belajar dari peristiwa banjir di Pantai Timur:
1) Pergantungan yang tinggi kepada Allah
Kejadian banjir ini sangat menguji diri kita semua sebagai hambaNya. Bukan setakat menguji mangsa-mangsa banjir & keluarga mereka, tetapi juga kepada kita yang berada di kawasan yang selamat, di mana rumah kita, kereta kita dan harta-harta kita masih lagi selamat daripada kehancuran.
Saya sendiri tak boleh bayangkan bagaimana keadaannya apabila kita sudah tidak mempunyai apa-apa; keluarga kita, harta kita, kesihatan kita. Yang kita ada hanyalah Allah s.w.t. Kita sendiri tidak boleh jamin, adakah kita betul-betul akan bergantung kepada Allah apabila semua nikmat kita ditarik atau adakah kita akan menyalahkan takdir dan merungut setiap masa?
Saya paling terkesan apabila mendapat mesej ‘WhatsApp’ dari naqibahku yang telah di’forward’kan oleh seorang ukht yang mana keluarganya sangat terjejas dengan peristiwa ini;
Ye, di balik titis-titis hujan yang jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kepada manusia…
Allah tidak zalim, malah Allah kasih. Lihatlah dengan hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedi, pasti konsert2 ambang tahun baru itu akan diadakan. Betapa ramai anak-anak luar nikah akan dilahirkan….
Lihatlah lagi..Allah memberi kita ruang untuk memberi sedekah, menghulur bantuan.
Lihatlah lagi..Masjid2 diwarnai dengan bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat. Jika tidak kerana air bah, berangkali jemaah hanya datang untuk bersolat sahaja.
Lihatlah lagi dengan kasih Allah…Semua para pemimpin turun padang buat kerja dari mereka duduk sahaja.
Lihatlah lagi..Dana kerajaan dapat disalurkan pada jalan yang betul. Andai air bah ini tidak hadir, mungkin juga rasuah melata sana sini…
Allah memelihara Malaysia dengan kasihNya..
Ini ujian..ujian ini pasti tidak lama…Ujian untuk menyatukan seluruh insan..
2) Semua orang adalah HERO! (dengan caranya tersendiri..)
Alhamdulillah, berita baik untuk semua! Setiap daripada kita boleh ‘contribute’ kepada mangsa – mangsa banjir mengikut kemampuan masing-masing. Kita tidak semestinya mesti jadi seorang doktor atau jururawat untuk menolong.
(However, these doctors and nurses who spent 24/7 on their feet to save lives are already branded HERO to all of us!)
Tidak kiralah setakat menyumbang duit atau pakaian sahaja, ketahuilah ‘YOU MAKE A DIFFERENT’! Dari sekecil – kecil menyumbang tenaga menyusun barang-barang sumbangan kepadalah yang pergi mengikuti team penyelamat dan volunteer ke Kelantan, Terengganu, Perak & Pahang;
ANDA SEMUA ADALAH HERO!
Kepada yang dapat doa daripada jauh sahaja, jangan risau. Anda juga adalah HERO!
Dalam satu riwayat juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).
3) Sosial Media memainkan peranan yang sangat BESAR!
It still amaze me how social media can play a big part of our life. Mana taknya, 80% daripada kita mendapat berita yang terkini daripada sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp kita.
Sosial media telah menjadi platform utama untuk orang meminta pertolongan, memberi maklumat dan meluahkan simpati untuk mangsa-mangsa yang terjejas dengan peristiwa banjir ini.
Daripada gambar – gambar rumah dan bangunan yang diselubungi oleh air coklat, gambar orang merendah air banjir untuk mencari makanan, kepada gambar haiwan berlumba-lumba untuk mencari kawasan yang lebih tinggi – telah membanjiri di platform sosial media terutama di Twitter untuk meminta bantuan dan doa dengan menggunakan hashtag #PrayForPantaiTimur dan #PrayForKelantan.
Sampai sini sahaja perkongsian ‘3 perkara yang kita semua boleh belajar dari kejadian banjir di Pantai Timur’ daripada saya. Saya berdoa supaya Allah memberi kekuatan kepada mangsa-mangsa bajir dan juga keluarga mereka.
Saya doakan supaya Allah melindungi kawan-kawan saya mengikuti konvoi di bawah Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu. Ada di antara mereka yang mengambil cuti untuk sampaikan barang dan ubat daripada kita kepada mangsa-mangsa banjir. And some of them are my closest friends. Stay safe, akhwatis!
Kepada yang lain; Teruskan berdoa dan menyumbang!
Wallahualam,
Hamba yang kerdil







