Januari: Permulaan wabak Ebola di Afrika Barat

Wabak Ebola ini bermula di Guinea pada hujung tahun 2013, kemudian meningkat secara dramatik pada permulaan tahun 2014. Wabak ini terjebak sangat cepat sehingga negara – negara jirannya; Liberia dan Sierra Leone. Ini merupakan wabak yang paling teruk tercatat di dalam sejarah, dan menurut ‘World Health Organisation’, dianggarkan bahawa terdapat 16,000 kes , dengan 7,000 kematian dicatat.(Photo credit: Thomson Reuters -cbcnews)
7 Februari : Sochi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014

Walaupun di tengah-tengah kebimbangan mengenai keselamatan dan kutukan dari orang ramai mengenai tindakan keras anti – homoseksual oleh Russia, Sochi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 tetap berlangsung.
Sampaikan Presiden Russia, Vladimir Putin memberi jaminan bahawa sukan tersebut akan berjalan dengan lancar.Walaupun begitu, semasa acara pembukaannya, salah satu daripada lima lampun cincin Olimpik gagal untuk menyala di hadapan penonton televisyen satu dunia. (Photo credit: Barbara Walton – EPA)
24 Februari dan seterusnya: Penunjuk Perasaan EuroMaidan dan Revolusi Ukraine

Keputusan Presiden Ukraine Viktor Yanukovych untuk menarik balik rancangan integrasi EU yang memihak kepada hubungan yang lebih rapat dengan Moscow mencetuskan protes ganas berpusat di sekitar Kiev Maidan Nezalezhnosti (“Dataran Kemerdekaan”). Pada 21 Februari apabila Yanukovych akhirnya tumbang kepada tekanan dari rakyat dan melarikan diri dari ibu negara. Gambar; penunjuk perasaan Pro-integrasi Eropah berlindung dari air disembur daripada enjin kebakaran di tapak pertempuran dengan polis rusuhan di Kiev pada 23 Januari (Photo credit: Reddit user /u/nasdaf)
8 Mac: Kapal Terbang Malaysian Airlines MH370 Hilang

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, penerbangan Malaysia Airline 370 hilang pada hari Sabtu 8 Mac dengan 239 orang di atas kapal terbang. Saudara-mara penumpang yang hilang berasa sangat marah dan tertekan sementara carian yang terbesar dalam sejarah penerbangan perlahan-lahan merebak dari Laut China Selatan ke Lautan Hindi. Ada laporan mengatakan mereka terjumpa serpihan yang terapung tapi akhirnya ia tidak membawa kemana-mana pun. Pakar penerbangan mengakui kapal terbang MH370 itu boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk dijumpai. (Photo credit: AP Photo)
21 Mac: Perampasan Crimea

Berikutan revolusi pada bulan Februari, landskap politik Ukraine berubah dengan cepat. Kerana enggan mengiktiraf kerajaan baru Kiev dan ingin mengelakkan revolusi rampasan kuasa, Rusia bergerak masuk untuk menjamin tentera yang sedia ada di kawasan Ukraine – Crimean. Aksyonov meminta bantuan Rusia untuk mengekalkan perintahnya di Crimea, manakala Moscow kerah tenteranya untuk mengepung dan pada 21 Mac, Crimea telah dikeluarkan dari Ukraine dan diletakkan di bawah kawalan Rusia. (Photo credit: Reuters)
2 April hingga 12 Mei : India mengadakan Pilihan Raya Umum yang Terbesar

Pada tahun 2014 India telah mengadakan Pilihan Raya Umum terbesar dalam sejarah negara. Dengan kira-kira 815 juta orang India yang berdaftar untuk mengundi, proses demokrasi yang besar ini disimpulkan pada 12 Mei. Empat hari kemudian Hindu nasionalis Narendra Modi, calon pembangkang utama India Bharatiya Janata (BJP), diisytiharkan pemenang, setelah mengambil 60 peratus daripada kerusi di parlimen. (Kevin Frayer – Getty Images)
14 April: Pelajar Sekolah Perempuan di Nigeria Diculik

Militan bersenjata dari gerakan Boko Haram telah menyerang sebuah sekolah menengah kanak-kanak perempuan di kampung Chibok, Nigeria. Mereka memaksa sekitar 276 kanak-kanak perempuan masuk ke dalam trak kemudian menghilang ke kawasan berbukit terpencil di sempadan Cameroon itu. Penculikan ini telah mencetuskan kemarahan dari pihak antarabangsa dengan beberapa negara berjanji untuk membantu mencari gadis-gadis yang hilang dan menghapuskan Boko Haram.
Walaupun dengan bantuan antarabangsa, hanya segelintir kanak-kanak perempuan telah ditemui, setelah melarikan diri dari kumpulan militan tersebut.
16 April: Feri MV Sewol, Korea Terbalik

Ketika membawa 476 penumpang dan dalam perjalanan dari Incheon di tanah besar Korea ke Pulau Jeju, MV Sewol tenggelam pada 16 April, membunuh 304 orang di atas kapal (gambar semasa operasi menyelamat). Majoriti yang terkorban adalah kanak-kanak sekolah menengah yang telah diarahkan untuk kekal dalam kabin mereka manakala kapten Lee Joon-Seok dan anak kapalnya melarikan diri untuk keselamatan. Pada 11 November, Kapten Joon-Seok dijatuhi hukuman 36 tahun penjara kerana kecuaian yang melampau. (Photo credit: Yonhap via AP Photo)
13 Mei: Bencana Lombong di Soma, Turki

Seorang ibu menangis di atas kehilangan anaknya, selepas letupan di lombong arang batu Soma di bandar Turki barat Manisa. Kemalangan tersebut merupakan kemalangan perlombongan terburuk dalam sejarah Turki, sebanyak 301 orang kehilangan nyawa berikutan letupan dan kebakaran bawah tanah. (Photo credit: Emre Tazegul – AP)
22 Mei: Rampasan kuasa di Thailand

Pada 22 Mei Tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan Thailand yang ketika itu mempunyai masalah politik. Dengan mengenakan undang-undang tentera untuk sementara waktu, 4 hari kemudian beliau mengumumkan Raja telah mengesahkan kedudukannya sebagai ketua tentera yang kini akan mentadbir negara.(Photo credit: Reuters Photos)
4 Jun: Ulang Tahun ke-25 Tiananmen Square Massacre

Berpuluh-puluh ribu orang menghadiri perhimpunan nyalaan lilin di Victoria Park, Hong Kong pada 4 Jun untuk menandakan ulang tahun ke-25 daripada tindakan keras tentera China ke atas pergerakan pro-demokrasi di Tiananmen Square yang menyebabkan kematian kira-kira 2,500 penunjuk perasaan. (Photo credit: Vincent Yu – Associated Press)
29 Jun: Kebangkitan IS (Islamic State)

Sebuah kumpulan radikal Islam Sunni, Islamic State di Iraq dan Levant (Isil) telah bangkit menjadi terkenal di pentas global apabila telah berjaya menjajah sebahagian wilayah besar di Iraq dan Syria. Pada 29 Jun kumpulan yang dinamai sendiri “Islamic State” dan mengisytiharkan ketuanya “Khalifah” Abu Bakr al-Baghdadias – sebagai ketua negeri. Terkenal dengan kekejaman mereka, Islamic State juga bertanggungjawab untuk siri rakaman video pemancungan kepala tebusan Amerika dan British, termasuk wartawan James Foley dari Amerika dan pekerja bantuan Alan Henning dari Britain. (Photo credit: PBS)
8 Julai: Konflik Gaza/Israel

Pada awal bulan Julai, tentera Hamas dituduh dan dikehendaki di atas penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel. Pasukan pertahanan Israel memulakan Operation Protective Edge, kempen penyerangan di udara dan juga tanah terhadap Hamas. Hamas bertindak balas dengan melancarkan roket ke Israel dari Gaza. Konflik ini berlangsung selama tujuh minggu dan membunuh lebih daripada 2,200, sebahagian besarnya adalah Penduduk Gaza. (Photo credit: Mohammed Saber – EPA)
13 Julai: Jerman Menenangi FIFA World Cup 2014

Jerman telah mengalahkan Argentina untuk membawa pulang gelaran Piala Dunia 2014 dengan kemenangan 1-0. (Photo credit: Shaun Botterill – FIFA)
17 Julai: Kapal Terbang Malaysia Airlines MH 17 Ditembak Jatuh

Pada 17 Julai, kapal terbang Malaysia Airlines MH17 telah jatuh nahas berhampiran bandar Ukraine, Torez. Penerbangan yang bergerak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur – membunuh semua 298 penumpang di atas kapal. Pasukan penyiasatan antarabangsa membuat kesimpulan kemalangan pesawat tersebut telah ditembak jatuh selepas tersilap dengan pengangkutan tentera. Pencarian bagi yang bertanggungjawan di atas kemalangan ini masih diteruskan. (Photo credit: Pierre Crom—Getty Images)
9 Ogos dan seterusnya: Penembakan Michael Brown dan Rusuhan Ferguson

Kejadian penembakan remaja kulit hitam Michael Brown di Ferguson, Missouri oleh seorang pegawai polis telah menyalakan api ketegangan kaum di Amerika Syarikat, yang membawa kepada rusuhan dan kecurian. Berdasarkan siasatan terhadap kejadian penembakan oleh pegawai polis Darren Wilson, Juri telah mengumumkan pada 24 November mereka tidak akan mengikuti siasatan jenayah terhadap pegawai polis, mencetuskan bantahan lebih 170 bandar-bandar di seluruh Amerika Syarikat. (Photo credit: Jim Young – Reuters)
26 September dan seterusnya: Protes Demokrasi di Hong Kong

Bermula pada bulan September 2014, ribuan penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di bandar Hong Kong untuk menuntut reformasi demokratik dan menyokong penentangan orang awam secara aman. Demonstrasi ini juga digelar sebagai Umbrella Revolution.
12 September: Oscar Pistorius didapati bersalah diatas pembunuhan teman wanitanya

Oscar Pistorius dilihat menangis di Mahkamah Tinggi Pretoria pada 11 September, ketika berlangsung pembicaraan pembunuhan teman wanitanya, Reeva Steenkamp. Selepas perbicaraannya yang penuh dengan publisiti, Pistorius didapati bersalah di atas tunduhan membunuh tanpa niat dan memiliki senjata api pada 12 September . Beliau dijatuhi hukuman hanya lima tahun penjara di atas pembunuhan teman wanitanya. (Photo credit: Kim Ludbrook – Press Pool)
18 September: Scotland undi untuk kekal sebahagian daripada United Kingdom

Walaupun dengan perdebatan yang sengit di televisyen dan kempen yang berjuang keras oleh kedua-dua pihak ‘YES’ dan ‘NO’, pada 18 September rakyat Scotland telah mengundi untuk kekal sebagai sebahagian daripada United Kingdom. (Photo credit: Peter Macdiarmid – Getty Images)
5 Oktober dan seterusnya: Gunung Sinabung, gunung berapi meletus di Indonesia

Gambar ini diambil dari Kampung Tiga Pancur. Dengan mengeluarkan abu panas sepanjang 2 km ke udara, ini merupakan letupan terbaru dalam siri letupan yang bermula pada bulan September 2013. (Photo credit: Anthony Sagliani)
10 Oktober : Malala Yousafzai dan Kailash Satyarthi memenangi Nobel Peace Prize

Yousafzai, remaja perempuan dari Pakistan telah memenangi Nobel Peace Prize 2014 apabila ditembak di kepala oleh tentera Taliban pada tahun 2012 kerana menyokong hak perempuan remaja untuk pendidikan. Bersama dengan beliau adalah pekerja buruh Kailash Satyarthi turut memenangi Nobel Peace Prize di atas kempen menentang penyeludupan kanak-kanak di India. (Photo credit: Reuters Photos)
22 Oktober: Lelaki bersenjata menyerang Parlimen Canada

Selepas menembak Nathan Cirillo, pengawal yang bertugas di National War Memorial, Michael Zehaf-Bibeau menyerang masuk ke dalam bangunan Parlimen Canada dan membalas tembakan dengan pasukan keselamatan. Micheal akhirnya telah ditembak mati oleh Sarjan Kevin Vickers, yang dilihat di gambar di atas menerima tepukan gemuruh dari Ahli Parlimen kerana kembali bertugas keesokan harinya. (Photo credit: AP Photos)
3 November : One World Trade Center dibuka

Selepas hampir 13 tahun serangan pengganas pada 11 September 2001 yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia, bangunan baru telah dibina yang dinamakan Pusat Perdagangan Dunia Satu (gambar). Pusat Perdagangan Dunia Satu telah dibuka secara rasmi pada 3 November & mempunyai 104 tingkat. Kos pembinaanya adalah sebanyak $3.9 billion. (Photo credit: AP Images)
12 November: Misi mendarat pertama kali di atas Komet

Selepas misi 10 tahun menjelajah hampir ke seluruh alam semesta; pada 12 November ruang angkasa Rosetta, telah membuat sejarah dengan pelancaran dan pendaratan makmal mini bernama Philae ke atas permukaan sebuah komet. Dengan bergerak pada kelajuan 135,000 km/sejam, Agensi Angkasa Eropah telah mengatakan pendaratan pada komet 67P / Churyumov-Gerasimenko sama seperti, ‘mendarat mesin basuh pada peluru yang laju’. Gambar; kakitangan misi Rosetta meraikan misi mereka di Operasi Pusat Angkasa di Darmstadt, Jerman. (Photo credit: Reuters Photos)
20 November : Penculikan beramai-ramai dan Protes di Bandar Raya Mexico

Selepas protes selama seminggu ke atas kehilangan 43 pelajar di negeri selatan Guerrero, beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di Bandar Raya Mexico. Tuntutan mereka bukan setakat ingin ketahui apakah nasib pelajar – pelajar yang hilang dan membawa orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan; mereka juga menuntut peletakan jawatan Presiden Enrique Peña Nieto.(Photo credit: Miguel Tovar – LatinContent/Getty Images)
14 Disember dan seterusnya: Banjir di Asia Tenggara
Bermula pada 14 Disember, siri banjir telah melanda Indonesia, Malaysia, Filipina, dan Thailand. Lebih daripada 100,000 orang telah dipindahkan di Indonesia, 200,000 di Malaysia, puluhan ribu di Filipina, dan beberapa ribu di Thailand. Misi-misi menyelamat sukar dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak tertentu dan juga kerana sesetengah penduduk enggan berpindah. (Photo credit: AP Images)
15 Disember: Kedai kafe dikepung di Sydney, Australia

Pada 15-16 Disember 2014, seorang lelaki bersenjata Man Haron Monis telah memegang tebusan 17 pelanggan dan pekerja di sebuah kafe Lindt yang terletak di Martin Place di Sydney, Australia. Pegawai polis dari Unit Operasi Taktikal menyerbu kafe itu selepas mendengar beberapa bunyi tembakan dari dalam. Seorang tebusan telah dibunuh oleh lelaki bersenjata itu, yang kemudiannya ditembak mati oleh polis. Satu lagi tebusan meninggal dunia akibat serangan jantung semasa pengangkutan ke hospital. (Photo credit: AP Images)
28 Disember: Penerbangan 8501 Indonesia AirAsia Hilang
Penerbangan Airbus A320-216 Indonesia AirAsia hilang dalam perjalanan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia pada 28 Disember dengan membawa 155 penumpang dan 7 krew di dalamnya. Indonesia AirAsia ialah sebuah anggota gabungan syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia. Misi pencarian masih diteruskan sehingga sekarang. (Photo credit:Times)


