Masjid Cordoba di hatiku…

1–2 minutes

10929133_10205534080053483_6562266321781462843_n

Sangat amaze dgn architecture Masjid Cordoba semasa pergi jaulah bersama akhwat dulu. Masa tuh masih kanak2 riang lagi, dpt la dengar skali pengisian mini-ISK dr kakak2 comel (excluding my real sisters). Hehe..

Masjid ini boleh dipenuhi sebanyak 3000 jemaah & semasa khutbah jumaat diberikan, ia boleh didengari oleh semua orang dlm satu masjid itu walaupun ketika itu tiada microphone. Mereka design masjid ini in such the way ia boleh bergema & semua orang boleh dengar khutbah jumaat tersebut. Sekarang, masjid Cordoba ini telah menjadi milik kerajaan Spain & sudah bertukar kpd gereja. Mereka tak kasi kita solat pun di dalam itu. Sedihnya tak terkata.

Apabila memikirkan dengan keadaan umat Islam sekarang ini diuji dengan pelbagai benda; isu kartun Nabi Muhammad di Perancis, isu kpop, isu media portray Islam sbg pengganas dn pelbagai lagi – apakah makna disebalik perkara2 ini bagi kita?

Islam telah mendapat perhatian di pentas dunia. Makin ramai orang yang tertanya-tanya siapakah Nabi Muhammad itu? Apakah itu Islam? Dan pelbagai lagi persoalan2 yang lain timbul.

Inilah peluang keemasan untuk kita! Kita boleh kongsikan dengan kwn2 dan keluarga kita untuk mengenail Islam yang sebenar. Bahawa Islam bukan sahaja beribadah & menutup aurat semata-mata tetapi ia lebih lagi daripada itu. Inilah peluang tarbiyah kita. Although it seems very hard & impossible but we have to try!

Inilah hakikat. Tanggunggjawab kita sebagai daie sangat banyak. Betapa ramainya sebenarnya yang dahagakan sentuhan Islam itu.

Adakah kita akan menyahut seruan Allah? Atau kita hanya mementingkan diri sendiri sahaja? Jangan tunggu diri nak sempurna dulu sebab seriously we’re not a robot or a prophet.

Kan syurga itu ‘mahal’ harganya 🙂

Wallahualam,
Arinah@stuck in morning traffic