Saya mula usha2 Pebble smartwatch di online pada pertengahan tahun 2014 lagi. Memang terus jatuh cinta, nak tunggu Apple Watch lambat sangat dan confirm mesti mahal horror bila dia keluar nanti. Kemudian, pada bulan Disember 2014, around before Christmas time, Pebble ada promosi diskaun sebanyak 50%! Apa lagi, terus saya masuk website dia dan beli. Harga sebenar dia around RM400, kalau beli kat Lazada, ada la dalam RM500 gitu sebab dia import. Since saya menggunakan cable akhwat tersayang di US, jadi minta tolong beliau bawa balikkan skali Pebble Smartwatch ni masa beliau balik cuti ke Malaysia pada akhir bulan Disember 2014. Alhamdulillah sangat2, Allah permudahkan!
Jadi apa cerita Pebble Smartwatch ini? Apa yang best sangat?
1) Notifications at a Glance – Kita boleh lihat siapa call kita , hantar sms atau whatsapp, dan check email tanpa perlu mencari phone kita! Jadi kalau kita tengah drive, tak payah la nak ngade2 tengok phone every 1 minutes just in case we miss important call or whatsapp message. Eheh..
2) Battery Life – up to 7 days! – Ni kalau kita jarang dapat notification la. Setakat ini, saya kena recharge smartwatch ini selepas 4-5 hari. Tapi dia mengambil masa lebih kurang dalam 30 minit sahaja untuk fully recharged.
3)Water Resistant up to 50 Meters – Apparently, kalau kita nak main hujan atau lompat masuk ke kolam renang, Pebble Smartwatch can take it! Personally, saya tak pernah cuba lagi. Tak berani nak ambil risiko. Huhu…
4) Fitness Tracking – Ini adalah salah satu sebab besar kenapa saya beli Pebble Smartwatch ni. Bukan sahaja dia boleh track kita jalan, lari dan berbasikal tapi tidur kita pun dia boleh track! Jadi kalau kita kurang tidur, atau tertidur lebih, this Pebble Smartwatch will let us know without judging us :p
5) Readable in Daylight – Jangan risau, kita masih boleh tengok masa & baca mesej walaupun kita berada di luar. Terutama di Malaysia, negara yang sentiasa panas terik…
Setakat ini, saya nampak Pebble Smartwatch ini sangat berguna terutama masa kita travel/jalan-jalan di luar. Kalau nak pakai kat indoor je, saya sarankan tak payah la dapatkan smartwatch ni.
Or if you’re a tech geek like me, it doesn’t matter at all. After all, it’s just a watch 🙂
