Adakah buku akan dikenakan GST?

2–3 minutes

adakah buku akan dikenakan GST?

Kita semua maklum GST akan dikuatkan kuasakan pada 1 April 2015.

Sebagai seorang pengguna, saya tidak kisah dengan perlaksaan dengan GST dengan syarat mesti dilaksanakan dengan betul & mengikut syara’. 

GST Process

Walaubagaimanapun, sebagai usahawan kedai buku & syarikat penerbitan buku, perlaksanaan GST di dalam industri buku di Malaysia masih lagi megelirukan! Ini terutama apabila saya mendapat mesej telegram dari kawan saya: 

“The standard 6% GST will be imposed on all types of books except for dictionaries, encyclopedias, newspapers, texts, references, works and religious books. These books will be zero-rated and not be subjected to GST.

Local e-book suppliers like e-sentral and MPHonline will also be charging GST whereas foreign firms such as Google Play and Apple iBookstore would not be.” 

Apabila membaca mesej di atas, terus saya membuat research dan mendapati bahawa dasar GST ke atas buku masih lagi mengelirukan! 

“Meskipun bahan bacaan dikategorikan sebagai berkadar sifar GST, ia hanya terhad kepada beberapa jenis buku sahaja.

Dalam senarai Jabatan Kastam, pewartaan barangan sifar GST tertakluk antara lain kepada buku mewarna kanak-kanak, buku latihan, buku teks, kamus, kitab agama dan surat khabar.”

(Source: Malaysian Insider) 

Kalau begitu, buku-buku di kedai kami,Iman Shoppe boleh dikategorikan sebagai kitab agama ; buku tarbiyah & Al-Quran. 

Walaubagaimana, sudah ada sesetengah syarikat penerbitan sudah kenakan GST terhadap kedai/pengedar buku seperti kami. Jadi adakah kami mesti kenakan GST terhadap pelanggan? Kalau tidak, bagaimana pula dengan laporan yang kami kena hantar kepada kastam pada akhir tahun? 

Sama juga dengan kes syarikat penerbitan kami, disebabkan syarikat Iman Publications masih lagi baru, kami tak perlu berdaftar untuk GST. Namun syarikat percetakan sudah tentunya akan mengenakan GST ke atas syarikat kami. Namun kami tak boleh mengenakan GST ke atas pengedar/pelanggan kami.

Padahal, apa yang kami faham mengenai GST adalah seperti gambar rajah di bawah:

how gst effect us

Again, so confusing! 

Dan apakah implikasinya apabila GST dikenakan ke atas buku-buku lain? Adakah orang akan masih membelinya? Sudah tentu ini akan memberikan impak yang besar kepada masyarakat kita di mana budaya membaca bukanlah budaya yang kukuh di Malaysia.

GST akan dikuatkuasakan tidak lama lagi dan kami masih jauh daripada menjumpai jawapan yang kukuh mengenai dasar GST ke atas buku terutama buku latihan, buku teks, kamus, kitab agama dan surat khabar.

Kami berharap isu dapat dijelaskan secepat mungkin sebelum GST dikuatkuasakan..

p/s: Dengar cerita, industri property lagi pening kepala dengan dasar GST. Huhu…

Arinah, CEO of Iman Group.