Alhamdulillah! Another good news!
Rasa sangat bersyukur dengan nikmat Allah berikan yang tidak terputus-putus 🙂
Minggu lepas saya telah dipanggil oleh wakil TV Alhijrah mengenai 2 Short Film di Youtube Channel saya iaitu ‘Between Two (Antara Dua)‘ dan juga ‘Muslimah : Short Film.’
Mereka akan tayangkan kedua Short Film ini pada bulan Ramadhan nanti di TV AlHijrah!
Alhamdulillah, video ‘Between Two’ adalah video yang paling banyak ‘view’ sekali setakat ini dan untuk video Muslimah, saya telah memenangi anugerah Tempat Pertama untuk kategori Video Competition Nisa’ Nasheed Extravaganza (NISE) pada suatu masa dahulu di UK :p
Kedua Short Film ini dirakam ketika saya masih belajar di Scotland. Teringat kembali, ketika itu saya masih lagi budak baru belajar. Terima kasih tak terhingga kepada kakak-kakak & adik-adik yang sanggup meluangkan masa untuk berlakon di dalam video-video saya. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas jasa antum semua!
Salah satu pendirian saya apabila membuat video adalah tidak sama sekali menunjuk muka pelakon terutama muka muslimah. Ini kerana saya ingin melindungi pelakon-pelakon di dalam video ini daripada sebarang fitnah/aib dan juga sebab-sebab yang lain.
Yang penting sekali adalah MESEJ yang ingin disampaikan. Kalau perasan, tidak ada sebarang skrip yang diucapkan pun di dalam kedua video ini. Ini kerana saya tidak mahu penonton terganggu dengan mesej yang ingin disampaikan. Plus, ini adalah salah satu keunikan yang ingin saya sampaikan dalam video-video saya.
InsyaAllah doakan saya juga dapat menyiapkan satu Short Film sebelum akhir tahun ini! Rasa sangat rindu nak pegang videokamera. It’s been too long! Ada sesiapa yang berminat untuk join sekali?
Kepada sesiapa tak tengok lagi kedua-dua video ini, boleh tengok di Youtube Channel saya di sini: https://www.youtube.com/user/imarah67/featured
