Pada awal bulan Mei 2015, saya telah menghadiri program mukhayyam (ala2 camping versi tarbiyah gitu) di Hulu Langat anjuran Ikram Gombak.
Setiap kali saya pergi mukhayyam itu ada kisahnya, ada keistimewaanya dan ada kelainannya. Dan mukhayyam kali ini sudah tentu terasa keistimewaannya.
Apakah keistimewaannya? Haaa…mukhayyam kali ini bukan sahaja mencabar tahap fizikal kami tetapi juga mencabar tahap rohani juga.
Mana taknya? Tema mukhayyam kali ini adalah ‘Serikandi Muslimah Penggerak Dakwah.’
Mak ai, itu dia..
Jadi mukhayyam kali ini sangat menekankan contoh-contoh serikandi Islam seperti Zainab Al-Ghazali, Asiah bt. Mahazim, Ibu Yoyoh Yusra, Maryam bt Imran dan juga Khadijah R.A.
Kenal tak siapa mereka ini semua?
Kalau tak kenal, emm..tak tahu la nak cakap apa…
“Yang sempurna dari kaum lelaki sangatlah banyak, tetapi yang sempurna dari kaum wanita hanyalah Maryam binti Imran, Asiyah binti Muzahim, Khadijah binti Khuwalaid, dan Fatimah binti Muhammad. Sedangkan keutaman Aisyah atas seluruh wanita adalah seperti tsarid (roti yang diremukkan dan direndam dalam kuah) atas segala makanan yang ada “(HR. Bukhari)
Ada beberapa ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil dari kisah srikandi-srikandi Islam di atas.
Antaranya adalah:
1) Jaga hubungan dengan Allah
Mari kita ambil dari kisah Khadijah R.A. Siapa tak kenal beliau? Isteri pertama Rasulullah s.a.w. dan merupakan wanita pertama yang memeluk Islam. Beliau adalah srikandi pertama di dalam Islam.
If you ask me who’s my hero in business & da’wah? Duhh..obviously, Khadijah R.A. is my ultimate hero.
Bukan sahaja Khadijah R.A merupakan isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah tetapi beliau juga merupakan seorang yang pandai/mempunyai intelektual yang tinggi. Bukan sahaja di dalam bidang perniagaan namun di dalam ilmu Islam juga.
Apabila Rasullulah s.a.w menerima wahyu, Khadijah adalah orang pertama yang menyelimutkan & menenangkan Baginda.
Benda itu tidak berlaku melainkan ada kecintaan yang tinggi kepada Allah. Cinta kepada Allah; itulah salah satu faktor Khadijah R.A. boleh yakin dengan risalah Rasulullah s.a.w.
2) Matangkan Diri
Bagaimana? Matangkan diri kita dengan ilmu & kefahaman Islam.
Oleh sebab itu, kita seharusnya membaca kisah-kisah sirah atau sejarah Islam. Apabila kita membaca sejarah Islam, kita akan lebih memahami gerak kerja dakwah kita sekarang.
Dan apabila kita mematangkan diri kita, kita dapat berfikir & membuat keputusan tanpa terburu-buru.
Kita kan perempuan? Selalu membuat keputusan secara emosi & terburu-buru. Huhu..(ke saya seorang je macam nih?)
3) Berpegang Teguh & Yakin
Saya teringat bekas naqibah saya pernah berpesan,
“Jalan dakwah ini panjang. Jalan dakwah ini penuh dengan onak duri. Dan jalan dakwah penuh dengan cabaran-cabaran dalaman & juga luaran. Oleh itu, kena bersabar & yakin dengan ketentuan Allah.”
Mari kita ambil dari kisah Asiah binti Mahazim. Siapa itu? Beliau adalah isteri kepada Firaun.
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya duduk bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Walaupun beliau diseksa tanpa balas kasihan, beliau tetap memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT .
Firman Allah SWT :
“Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang² yang beriman, ketika ia berkata : “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (At- Tahrim : 11)
4) Mendidik Anak & Keluarga
Contoh yang terbaik adalah Maryam binti Imran. Meskipun Maryam berasal dari keluarga yang berada namun keluarga beliau sangat menjaga ibadah & agama Islam.
Kita semua tahu dengan kisah Maryam mengandungkan Nabi Isa dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh beliau. Semua itu tidak berlaku tanpa didikan yang betul dari ibu bapanya sendiri.
Even sebelum Maryam dilahirkan, ibunya yang bernama Hannah binti Yaqudz sudah menyiapkan diri beliau 40 tahun sebelum kelahiran Maryam. Hah?
Sebab beliau tahu, beliau kena mendidik dirinya dengan kefahaman Islam yang betul supaya apabila anaknya dilahirkan, beliau dapat mendidik mereka dengan kefahaman Islam yang betul.
MasyaAllah, indahnya perancangan dari Allah. Jika kita bercita-cita untuk melahirkan mujahid/mujahidah Islam, adakah kita sudah menyiapkan diri?
Takkan 3 bulan sebelum berkahwin, baru kita nak bersedia? Eheh…
5) Sentiasa Menjaga Amalan
Tanggungjawab & peranan kita di dalam dakwah sangatlah besar & penting. Tugas kita adalah untuk mendidik masyarakat. Bukan sekadar dengan ucapan, namun dengan tingkah laku kita, dengan perkerjaan kita dan juga lain-lain.
Dengan pengaruh dari Barat, mereka mempergunakan wanita sebagai simbol seksual – untuk melalaikan pemuda-pemuda kita!
Dan apabila wanita tidak menuntut ilmu maka kita tidak akan dapat melahirkan seorang pejuang untuk menegakkan agama Islam.
Kerana matlamat utama kita adalah – menegakkan Islam di atas muka bumi ini.
“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Maidah : 3)
Alhamdulillah, selasai sahaja program Mukhayyam saya telah mendapat satu semangat baru daripada kisah srikandi-srikandi Islam kita.
Ini kerana kisah mereka bukanlah fiksyen, bukanlah dibuat-dibuat. Kisah mereka adalah BENAR!
Adakah kita ingin mendidik anak-anak kita untuk membesar dengan meminati Princess Anna dari Frozen? (Ehem, ya saya mengaku saya pernah menonton filem itu sekali sahaja kerana saya ingin lihat kenapalah budak-budak zaman sekarang suka sangat filem itu)
Atau meminati superheroes orang barat seperi Iron Man? Kita tidak boleh salahkan media-media Barat ini kerana ia akan sentiasa ada sepanjang masa.
Apakah peranan kita? Apakah tanggungjawab kita? Adakah kita hanya ingin menjadi wanita biasa atau srikandi Islam seperti di atas?
Pilihan di tangan kita.
Wallahualam,
Arinah @ Coffee Shop
