Sebagai seorang yang terlibat dengan bisnes start-up, kita sentiasa berperah otak untuk mencari idea yang ‘boom’ atau gempak untuk menyelesaikan masalah.
Kerana itulah fundemental sebuah bisnes – untuk menyelesaikan masalah orang ramai.
Contoh seperti Iman Shoppe ingin menyelesaikan masalah buku-buku dakwah & tarbiyah yang sangat susah dicari & didapati. Jadi Iman Shoppe menyediakan platform kedai & online untuk memudahkan orang mendapatkan bahan-bahan dakwah & tarbiyah.
—
Kerana hakikatnya begini : idea yang biasa datang daripada manusia yang biasa. Idea yang ‘osem’ datang daripada manusia yang osem.
Eh, boleh pulak ya?
Jadi apa yang membuatkan seorang manusia itu menjadi seorang yang ‘osem’?
Kita lihat contoh seperti Apple. Kisah bagaimana Apple boleh berkembang dan berjaya diceritakan & dipelajari di sekolah bisnes satu dunia. Tapi Steve Jobs (founder Apple) sendiri tidak pernah pergi sekolah bisnes pun. Beliau merupakan ‘college dropout’.
Ralph Lauren. Sebuah jenama fasyen yang dikenali oleh ramai tapi Ralph Lauren sendiri pun tak pernah pergi design school.
Adakah dengan menjadi seperti Steve Jobs dan Ralph Lauren, kita akan menjadi manusia yang mampu mengeluarkan idea yang hebat?
Tidak semestinya.
Atau adakah dengan mempunyai sijil yang hebat seperti PhD dapat menjamin kita untuk menjadi manusia yang mengeluarkan idea yang ‘boom’?
Tidak semestinya juga.
Jadi apakah ciri-ciri orang yang mampu mengeluarkan idea yang ‘osem’ ini?
1. Mempunyai keupayaan untuk berimaginasi
Seorang yang mampu melihat sesuatu yang orang lain tidak boleh lihat. Dia melihat satu masalah sebagai satu peluang.
Apabila orang lain akan meragui idea dia, dia akan pandang ke hadapan & teruskan idea dia walaupun tak masuk akal!
2. Kesabaran yang tinggi
Ramai yang menggagap bahawa mempunyai idea yang ‘osem’ sahaja sudah mencukupi.
Getting an amazing idea is just one part of the game. The other is execution. An idea without execution is merely an illusion.
Dan perjalanan bisnes start-up ini sangat panjang dan berliku-liku jadi jadilah seorang yang penyabar dan bertahan!
3. Kepimpinan
Untuk mengubah sebuah idea menjadi “commercially valuable” bukanlah kerja yang mudah.
Ia memerlukan skil kepimpinan yang tinggi ;
- mempunyai kebolehan untuk melihat sebuah idea mampu mengubah dunia,
- mempunyai kebolehan untuk menyakinkan orang lain visi kita,
- mempunyai kelebihan untuk bekerja dengan orang lain untuk menukar visi tersebut kepada realiti,
- mempunyai kebolehan untuk memastikan perkara2 lain seperti kewangan, pemasaran, operasi dapat bekerjasama untuk memastikan idea tersebut dapat diteruskan dalam tempoh masa yang panjang.
—
Idea ini tidak pernah datang semasa kita tengah mencarinya. Percayalah!
Idea ni selalu akan datang masa kita tak pernah expect pun : tengah stuck di traffic jammed, tengah mandi dalam bilik air, atau tengah dalam solat. eheh…
Jadi apabila kita ada idea, terus tulis idea tersebut. Sekarang ini zaman teknologi, smart phone sentiasa berada di tangan kita. Gunakan apps seperti Evernote atau tulis kat buku nota yang comel2 tuh.
Pastu jangan simpan seorang-seorang idea itu, kongsikan dengan yang lain. Kemungkinan 95% orang lain akan ‘ignore’ idea anda dan 5% sahaja yang akan berminat dan ingin tahu lebih.
Keywordnya di sini – jangan sekali-kali mengalah!
Maka, marilah kita berusaha untuk menjadi Muslim yang mampu mengeluarkan idea yang ‘osem’ untuk memberi manfaat kepada orang lain *wink*
Nota kaki: Ciri-ciri di atas adalah hasil ringkasan daripada pembacaan artikel bisnes yang dibaca daripada pelbagai sumber : Pulse LinkeIn, Entrepreneur.com dan lain-lain.

