“Apa aku akan buat jika aku tidak takut?”

2–3 minutes

Afraid

Dalam hidup kita, ada 2 perasaan yang banyak menguasai hidup kita; ketakutan dan cinta (baca : passion).

Setiap keputusan yang kita buat dalam hidup ini; nak sambung belajar di universiti mana, nak kahwin, nak kerja apa; secara sedar atau tidak 2 perasaan (takut dan cinta) ini banyak memainkan peranan yang besar.

Takut.

Takut mengecewakan keluarga.

Takut gagal.

Takut dimalukan.

Cinta.

Cintakan subjek tertentu.

Cintakan keluarga kita.

Cintakan untuk membuat perubahan.

Saya sangat tertarik dengan buku ‘Lean In’ yang ditulis oleh Sheryl Sandberg yang merupakan COO of Facebook.

Cjbo1haUkAAP8ob

Kali pertama saya membaca buku ini adalah tahun 2013 ketika umur saya baru mencecah 23 tahun. Dan perspektif hidup saya ketika itu adalah mencari identiti dan apakah passion saya.

Tahun ini saya membaca kembali (tahun 2016) ketika berumur 26 tahun, dan perspektif hidup saya sudah berubah kepada bagaimana untuk menjadi leader dan mengembangkan bisnes.

Saya kongsikan salah satu topik dalam buku yang sangat menyentuh hidup saya bersama team Iman semasa Iman Talk yang dibuat setiap hari Jumaat di Iman Shoppe Serdang.

CjbbS4JVEAEwlrA

Topik tersebut adalah What would you do if you weren’t afraid?

Bagi Sheryl Sandberg, beliau sebut bahawa beliau bukanlah scholar, journalist atau socialist. Beliau tidak sangka beliau akan menulis buku. Namun beliau telah mendengar banyak masalah yang dihadapi oleh wanita professional di serata dunia dan beliau pilih untuk menyuarakan dan menyelesaikan masalah itu di dalam buku Lean In.

Untuk mengetahui keypoints penting yang saya sebut ketika Iman Talk; boleh rujuk Twitter Iman Publication atau search #imantalk.

Screen Shot 2016-05-30 at 11.47.05 AM

Screen Shot 2016-05-30 at 11.47.18 AM

Sheryl Sandberg pernah sebut dalam buku beliau;

So please ask yourself: What would I do if I weren’t afraid? Then go do it.

Saya hanyalah seorang pelajar yang biasa (baca : average). Saya tak pernah dapat markah cemerlang dalam result exam saya.

Saya tiada particular set of skills yang saya boleh banggakan dan tunjukkan kepada dunia.

Saya suka tidur dalam kelas semasa cikgu sedang mengajar (shocking!)

Banyak benda yang saya takutkan dalam hidup ini.

Takut mengecewakan ibu bapa saya.

Takut menjatuhkan bisnes.

Takut tidak mampu menjadi leader yang sepatutnya.

Maka inilah yang sepatutnya saya lakukan;

Ketakutan ini umpama dinding di hadapan kita. Dinding ini sangat susah untuk dipecahkan.

Jadi tugas kita adalah untuk mencari alat yang boleh pecahkan dinding itu.

destruction-wall-6606686

Dan kita memerlukan alat yang tertentu untuk memecahkan dinding itu.

Alat itu boleh dicari di sekeliling kita atau di dalam diri kita.

Hanya satu persoalan yang tertinggal:

Sejauh mana anda sanggup memecahkan dinding tersebut?

Jadi tanyalah diri anda sendiri:

Apa aku akan buat jika aku tidak takut?

Sheryl Sandberg telah menjawab:

Writing this book is what I would do if I weren’t afraid.

Wallahualam,

Arinah@Imanshoppe Serdang