10 Marketing Tools Saya Gunakan di Iman Shoppe & Iman Publication (2018)

5–7 minutes

Tahu tak di Malaysia sahaja kita ada hampir 1 JUTA SMEs (Small-Medium Entereprise)?!

Sumber ini diambil dari Economic Census, 2016 Department of Statistics Malaysia (DOSM)

Ini menunjukkan peningkatan yang positif kepada ekonomi Malaysia. Namun dikatakan hampir 80% bisnes gagal selepas 18 bulan beroperasi. 

Jadi apa kaitan statement ini dengan digital marketing?

Saya mula berminat dengan marketing (specifically online marketing) sejak sertai team Imanshoppe pada tahun 2013 lagi. Imanshoppe merupakan bisnes start-up yang bermula secara kecil-kecilan pada akhir tahun 2012. Kami bermula pun dengan sebuah website dan dengan ahli pasukan 4 orang sahaja.

Hari ini selepas hampir 5 tahun beroperasi, pasukan kami telah membesar kepada hampir 15 orang dan kini sudah mempunyai kedai fizikal berdekatan KTM Serdang & sebuah syarikat penerbitan sendiri, Iman Publication.

Dunia bisnes di Malaysia sangat mencabar. Ini kerana kita bukan sahaja berlawan dengan SMEs yang lain, tapi juga syarikat-syarikat yang besar dan mempunyai modal yang banyak.

Tapi jangan risau, dengan ilmu digital marketing dan tools yang betul, anda boleh kembangkan bisnes anda melalui kaedah online marketing. 

Jadi mari kita mulakan!

1. GOOGLE ANALYTICS (FREE)

  • Jika bisnes anda ada website (sepatutnya ada) atau landing page, Google Analytics sangat membantu untuk lihat analisa trafik yang masuk ke dalam website.
  • Nak install sangat mudah & mengambil masa beberapa minit sahaja. Boleh tengok di Youtube kalau tak tahu.
  • Feature yang saya paling suka adalah dari mana trafik website kita datang:

  • Ini supaya kita boleh fokus channel mana setiap kali kita buat kempen pemasaran dan keberkesanan kempen tersebut.
  • Tools ini sangat wajib install sebab banyak data-data lain yang kita boleh tengok dan paling penting sekali, IT’S FREE SAHAJA!

.

2. KEYWORD EVERYWHERE (FREE)

  • Tools ini menggabungkan Google Search, Google Trends dan Google Keyword dalam satu.
  • Boleh install guna extension tools di Google Chrome dan Mozilla Firefox.
  • Bila dah install, setiap kali kita google something, dia akan keluar berapa banyak search volume sebulan dan berapa CPC (cost per click) keyword tersebut.
  • Ini sangat membantu apabila kita nak gunakan teknik SEO (Search Engine Optimisation) dan Google Ads untuk online marketing website kita.

.

3. LATER & HOOTSUITE (FREE*) 

  • Saya guna Later untuk schedule ahead post di Instagram (paling best, dia automatic post!).
  • Hootsuite pula untuk schedule post untuk Twitter dan Facebook.
  • Jadi jika anda pergi bercuti atau terlupa, anda tidak perlu risau siapa nak update post di media sosial.
  • Paling best sekali, dorang ada share artikel tips dan juga how-to teknik pemasaran media sosial yang terkini.
  • For starter, plan dorang semua free. Cuma ada limitation dan perlu upgrade plan kalau nak gunakan sepenuhnya.

.

4. ADOBE SPARK | EASIL | CRELLO (FREE*)

  • Ini merupakan apps design on-the-go saya. Bermaksud, jika saya perlukan poster yang simple dan straight forward, saya akan guna samaada Adobe Spark, Easil dan Crello
  • Setiap apps ada kelebihan dan kelemahan. Tapi 80% of the time, saya akan guna Adobe Spark sebab paling murah dan paling banyak features; dia boleh resize terus post kita dan boleh guna untuk buat video juga. Dan dia boleh edit guna smartphone sahaja. Boleh download apps dia di Google Store atau Apple Store.
  • Easil pun sangat best cuma dia sangat bergantung kepada kelajuan wi-fi. Kalau wi-fi slow, dia akan sangat slow untuk edit. Dan tak banyak template yang free. Boleh edit guna Dekstop sahaja.
  • Crello sangat best digunakan terutama dia ada animated post. So nampak sangat cool kalau kita post di media sosial. Kelemahan dia tiada size untuk Instagram Story dan banyak features dia limited to free plan. Boleh edit guna Dekstop sahaja.

.

5. ADESPRESSO (PAID) 

  • Jika anda sangat baru dalam dunia online marketing, saya tak suggest guna apps ini lagi. Selepas 5 tahun beroperasi, baru saya berani nak gunakan apps ini sepenuhnya.
  • Apps ini bantu saya optimizekan kempen pemasaran Imanshoppe di Facebook Ads dan juga Google Ads supaya saya tidak membazirkan duit bajet ads.
  • Di sini saya boleh tengok dengan lebih details kos setiap kempen dan berapa banyak conversion yang daripada setiap kempen tersebut.
  • Saya suggest guna apps ini apabila anda kena run lebih dari 5 kempen pemasaran pada masa yang sama. Kalau tak, saya suggest guna sahaja Dashboard Facebook Ads Manager dan Google Ads Manager.

(Ini gambar hiasan sahaja)

.

6. MAILGET (PAID) 

Adakah email marketing masih relevan? Yes, of course! Sehingga sekarang, teknik email marketing masih lagi teknik pemasaran yang paling murah dan mudah!

  • Sepanjang 5 tahun ini, pelbagai email marketing saya pernah guna untuk Imanshoppe.
  • Antaranya Mailchimp, GetResponse, Constant Contact dan banyak lagi!
  • Sejak kami hanya gunakan email marketing sekali seminggu, jadi saya mencari software yang paling cost-effective.
  • Jadi akhirnya saya settle for Mailget – another apps developed by Formget.
  • Harga email marketing software ini semua bergantung kepada berapa banyak emai subscribers yang anda ada.

.

7. MOZ LEARNING CENTRE (FREE) 

  • Saya gunakan servis MOZ purely untuk belajar lebih mendalam mengenai SEO
  • Antara tools yang mereka offer adalah keyword research, link building, site audits, and page optimization insights. Semua ini untuk membantu ranking website kita di Google Search.
  • P/S: Saya masih sangat baru dalam ilmu SEO jadi tak banyak saya boleh kongsikan.
  • Tapi apa yang saya boleh cakap adalah SEO ini sangat underrated yet very powerful tool dalam online marketing di Malaysia.

.

8. SimilarWeb (FREE*)

  • Nak tahu bagaimana performance website competitor kita  ? Gunakan apps SimilarWeb ini.
  • Kena install dulu extension dia di Google Chrome.
  • Pergi dekat website competitor kita, tekan sahaja logo SimilarWeb di bahagian tools belah kanan atas, dan voilà terus keluar statistik trafik, ranking, keywords competitors kita.
  • Of course, software ini hanya boleh provide limitation data untuk plan yang free. Kalau nak tengok full-report, kena guna plan berbayar.


.

9. SHOPIFY (PAID) 

  • Yes, ini adalah investment yang paling berbaloi sekali bagi kami di Imanshoppe!
  • Harga dia agak mahal, jadi kami tak sarankan guna terus Shopify ini. Banyak lagi software e-commerce yang lain sangat murah dan sesuai untuk bisnes start-up.
  • Apa yang saya paling suka guna guna shopify ini adalah overview dashboard mereka.

  • Saya boleh tahu apa produk best-seller mingguan dan juga repeat customer rate. Data ini sangat penting supaya anda tidak membazir duit marketing untuk acquire new customer. Kos acquire customer baru sangat mahal. Fokus kepada return customer ini. Gunakan teknik email marketing dan Facebook Pixels untuk retargeting kepada mereka.
  • Tapi AWAS! Jangan salah gunakan data mereka. Respect privacy mereka dan jangan gunakan dalam teknik marketing gorilla sampaikan mereka unsubscribe email dan block contact kita terus.

.

10. BUZZSUMO (PAID)

  • Apps ini sangat membantu kita untuk teknik marketing SEO dan juga content marketing

  • Dengan taip sahaja topik atau keywords berkaitan bisnes anda dan anda boleh tahu berapa banyak artikel atau website yang mention topik atau keywords tersebut.
  • Ini juga boleh membantu untuk ketahui dan decide siapakah key influencer yang sesuai dengan industri bisnes anda.
  • Boleh install extension Buzzsumo terus di Google Chrome so jika anda terbuka artikel yang sesuai, boleh tengok terus statistik engagement dan juga shares semua.

Jadi saya harap artikel ini sangat bermanfaat kepada anda semua!

Boleh kongsikan dengan yang lain jika anda rasa artikel ini bermanfaat.

Jika anda ada guna mana-mana apps/software dalam senarai ini, let me know how it goes.

Dan jika ada soalan nak tanya, boleh tinggalkan komen di bawah 🙂

Arinah@Putrajaya