Apa itu pemasaran & apa fungsi tim pemasaran di IMAN?

1–2 minutes

Tim pemasaran memainkan peranan penting dalam menyampaikan visi dan misi sesebuah syarikat. Sesuatu kempen pemasaran itu dikira berjaya apabila ramai orang berkogsi dan berkata tentangnya.

Antara perkara terpenting dalam merancang strategi pemasaran adalah meletakkan diri kita di pihak pelanggan. Atau dalam situasi IMAN, di pihak pembaca.

Konten bagaimana yang pembaca inginkan, bentuk iklan bagaimana yang mereka suka, aktiviti ‘engagement‘ apa yang menarik perhatian mereka.

Hal ini penting ditimbang tara di antara kehendak atau kecenderungan tim pemasaran atau syarikat dengan kehendak pembaca hari ini.

Jika ini dipandang remeh, sesuatu kempen pemasaran itu tidak akan mampu memberi hasil yang positif.

Pembaca atau pelanggan harus diberi keutamaan. Apa yang mereka inginkan harus difahami terlebih dahulu.

Sekian untuk kali ini. 😊

Ingin perkongsian bermanfaat setiap minggu,

Boleh tekan pautan di bawah ini.

https://t.me/KakIman
https://t.me/KakIman
https://t.me/KakIman

 

Strategi Pemasaran