WARNING : Post ini ditulis khas buat bakal ikhwah akhwat yang Balik for Good (BFG) daripada luar negara. Welcome back to Malaysia!
Nak tahu tips bagaimana nak survive dakwah + kerjaya + family di Malaysia?
Sila baca post di bawah ini.
Saya pernah berkongsikan Tips BFG bertajuk Inilah Hakikat BFG Part 1 di post Facebook saya dan juga di blog saya tapi apabila saya baca balik dan tanya beberapa orang lagi, saya rasa pelu ditambah beberapa tips yang baru!
Di sini saya kongsikan 6 TIPS BUAT BFGs dan juga bakal BFGs :
- Melawat pakcik/makcik/muwajih/ustaz/ustazah yang sudah lama di jalan dakwah ini.
Kekadang kita selalu merasakan bahawa kita sudah tahu semua benda berkaitan dengan dakwah dan tarbiyah ini. Dan kadang-kala kita merasakan kita sudah melalui semua pahit, manis, jatuh dan naik dalam dakwah ini.
Tapi kita sebenarnya terlupa, ada orang lain lagi yang lebih lama di dalam jalan dakwah ini berbanding kita! Mereka ini adalah pak cik, mak cik, ustaz dan ustazah kita.
Pengalaman mereka dalam medan dakwah sangat mematangkan. Ambil peluang untuk mendengar nasihat dan mengambil taujihat daripada mereka.
Sesi ziarah mantan YDP IKRAM Johor, Prof. Ainullothfi. Antara benda yang beliau kongsikan; “Kita tak boleh ikut sahaja, kita kena harus kritis. Masyarakat memerlukan sentuhan kita. Perlu kita berikan orang lain rasa kesan tarbiah yang pernah kita lalui.”
Tak tahu bagaimana nak bermula?
- Kumpulkan geng dakwah (erk, wujud ke term ini?) dalam 4-5 orang. Jangan ramai sangat, nanti kang jadi macam daurah la pulak. Huhu…
- Pilihlah seorang PIC/ketua geng dakwah – preferably orang yang berani dan mudah nak approach orang lain.
- Dapatkan no. contact pakcik/makcik/ustaz/ustazah daripada abang naqib/kakak naqibah anda. Jangan risau, dengan dunia Whatsapp semakin canggih sekarang ini, everyone knows everyone’s number.
- Set up tarikh, masa & tempat yang sesuai untuk berjumpa dengan mereka.
- Jumpa dalam 1-2 jam sahaja pun dah cukup. Walaupun sekejap sahaja, tapi sangat bermakna. Cewah..;)
Ok, saya sudah kongsikan cara-caranya jadi bahagian perlaksaannya saya serahkan kepada antum! Selamat berjaya!
- Update nombor handphone Malaysia ASAP!
Seriously, bukannya susah pun. Ramai di antara ikhwah akhwat yang balik daripada luar negara tak dapat dihubungi kerana mereka lambat nak update no. contact di Malaysia.
Antum boleh pilih samaada nak guna pre-paid atau postpaid. Kedua-duanya ada pros and cons. Sekarang ini ada banyak pilihan pre-paid dan postpaid di Malaysia. Tak tahu nak pilih yang mana? Google.
- Amalkan gaya hidup yang aktif
Di Malaysia, peluang untuk kita jatuh sakit sangat besar jika kita tidak menjaga pemakanan dan kesihatan dengan baik.
Kita akan selalu cepat penat di Malaysia ini, padahal pergi balik kerja drive kereta je. Emm…
Apabila kita sudah masuk ke dalam dunia perkerjaan di Malaysia, kita akan selalu duduk di ofis yang ada aircond. Pastu pergi makan dengan officemates di kedai mamak dengan langsung tidak menjaga ….. faham-faham je la ya.
Main frisbee dengan akhwat
Bukan bermakna tidak boleh makan langsung, tapi berpada-padalah. Kena take note berapa calories intake setiap makanan kita ambil setiap hari.
Sebab itulah salah satu muwasafat tarbiyah adalah Qawiyyul Jismi.
Apabila tubuh badan kita sihat & cergas, tak la rasa penat sangat nak pergi usrah atau daurah kan 😉
- Find your strength and use it to contribute to Ummah
Setiap daripada kita adalah istimewa. Setiap daripada kita mempunyai potensi masing-masing.
Tak kisahlah dari mana antum datang, walaupun dengan latar belakang berbeza, keturunan berbeza, bahasa berbeza; kita adalah istimewa, kita adalah unik.
Kerana percaya atau tidak kita sebagai manusia mempunyai keupayaan untuk mencapai lebih daripada apa yang kita ingat itulah had kita.
Percayalah, kita boleh pergi jauh lagi!
Tak percaya?
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At-Tin, 4)
Tak kisah la jika kekuatan kita suka memasak ke, menjahit ke, menulis ke, atau membuat filem; yang penting gunakan kekuatan kita untuk menyampaikan Islam dan menyumbang kepada Ummah.
Contoh, kekuatan dan passion saya adalah videography. Jadi dengan menggunakan video camera, saya membuat short video/film untuk bagi orang berfikir apakah tujuan kita di dunia ini.
Saya bukanlah professional pun, tapi atleast I’m doing something. Jangan expect apa yang kita buat akan terus menjadi perfect. semuanya bermula dengan belajar, buat, training, belajar lagi, buat lagi dan training lagi.
Learn, do it, learn again, do it again. Repeat.
- Pilih platform yang sesuai
Unlike di luar negara, di Malaysia kita ada banyak pilihan/platform untuk kita aktif di dalam dakwah & tarbiyah. Jangan merasakan dakwah itu limit kepada pembawaan usrah sahaja. Ada banyak lagi cara-cara lain kita boleh menyumbang kepada dakwah. Ini adalah platform yang sudah sedia ada di Malaysia;
- Ikram Health (Khas buat doktor and the geng)
- MUBIN (Khas buat sesiapa yang terlibat dengan bisnes sendiri/start-up and the geng)
- GEMA (Khas buat sesiapa yang ingin membuat kerja kebajikan untuk masyarakat– sesuai untuk belia & orang yang dah bekerja)
- i-Ready (Khas buat sesiapa yang minat dengan bidang media ; media sosial, photography, journalist, videography and the geng)
- FIG; Financial Interest Group (Khas buat sesiapa yang belajar atau bekerja di dalam bidang finance, banking, economics and the geng)
- It’s never too late
Never too late apa pula ini? Hehe..Jika antum rasa tidak bersedia/overwhelmed dengan keadaan dakwah + kerjaya + family di Malaysia, tidak mengapa. Take your time (tapi tak payah la lama-lama sangat ya).
Setiap orang ada masalah masing-masing. Semua orang ada complication masing-masing. Berbincang dengan naqib/naqibah antum sendiri.
Kehidupan kita sangat berbeza dengan masyarakat luar. Hidup kita ini dipenuhi dengan program usrah, daurah dan mukhayyam. Hidup kita dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyentuh masyarakat di luar sana.
Masyarakat di luar sana, kehidupan meraka adalah kerja, duit, hiburan, shopping dan lain-lain.
Ambillah peluang untuk menyentuh kawan-kawan kita di tempat kerja dan ahli keluarga kita di rumah.
Kita kan Da’ie Osem!
Semoga bermanfaat!
Arinah@KL




